Pada hari kiamat, setiap nabi mempunyai mimbar yang diperbuat daripada cahaya

TEKS BAHASA ARAB

إن لكل نبي يوم القيامة منبرا من نور، وإني لعلى أطولها وأنورها، فيجيء مناد ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبي أمي، فإلى أينا أرسل؟ فيرجع الثانية فيقول: أين النبي العربي؟ قال: فينزل محمد حتى يأتي باب الجنة فيقرعه فيقول: من؟ فيقول: محمد – أو أحمد -، فيقال: أوقد أرسل إليه؟ فيقول: نعم. فيفتح له فيدخل، فيتجلى له الرب، ولا يتجلى لنبي قبله، فيخر لله ساجدا، ويحمده بمحامد لم يحمده أحد بها ممن كان قبله، ولن يحمده أحد بها ممن كان بعده، فيقال له: محمد ارفع رأسك، تكلم تسمع، واشفع تشفع، … فذكر الحديث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya bagi setiap nabi ada mimbar yang diperbuat daripada cahaya pada hari kiamat. Sesungguhnya aku (mimbarku) adalah yang paling tinggi dan paling bercahaya. Lalu seorang penyeru datang seraya berseru: Di manakah Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis)? Baginda bersabda: Lalu para Nabi berkata: Kesemua kami adalah Nabi yang ummi, maka kepada siapakah dalam kalangan kami ia dihantar? Penyeru tadi mengulangi kali kedua, katanya: Di manakah Nabi yang berbangsa Arab? Baginda bersabda: Lalu Muhammad pun turun hingga baginda mendatangi pintu syurga lalu baginda mengetuknya. Malaikat bertanya: Siapa? Baginda menjawab: Muhammad – atau Ahmad –, dikatakan: Adakah telah diutuskan kepadanya? Malaikat itu berkata: Ya, lalu dibukakan pintu itu untuk baginda lalu baginda pun masuk. Allah pun menjelma untuk baginda dan tidak menjelma untuk Nabi sebelum baginda. Baginda pun sujud kepada Allah, memujinya dengan pujian yang tidak pernah dipuji oleh sesiapa pun sebelum baginda dan tidak ada siapapun yang memuji menggunakan pujian itu selepas baginda, lalu dikatakan kepada baginda: Muhammad! Angkatlah kepalamu, berbicaralah kamu akan didengari dan mintalah syafaat kamu akan diberikan syafaat… Lalu beliau menyebutkan hadith.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1377, hadis nombor 7009. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن لكل نبي يوم القيامة منبرا من نور، وإني لعلى أطولها وأنورها، فيجيء مناد ينادي: أين النبي الأمي؟ قال: فيقول الأنبياء: كلنا نبي أمي، فإلى أينا أرسل؟ فيرجع الثانية فيقول: أين النبي العربي؟ قال: فينزل محمد حتى يأتي باب الجنة فيقرعه فيقول: من؟ فيقول: محمد – أو أحمد -، فيقال: أوقد أرسل إليه؟ فيقول: نعم. فيفتح له فيدخل، فيتجلى له الرب، ولا يتجلى لنبي قبله، فيخر لله ساجدا، ويحمده بمحامد لم يحمده أحد بها ممن كان قبله، ولن يحمده أحد بها ممن كان بعده، فيقال له: محمد ارفع رأسك، تكلم تسمع، واشفع تشفع، … فذكر الحديث.
[حب، ((الضعيفة)) (6491)]

(Munkar dengan konteks ini)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya bagi setiap nabi ada mimbar yang diperbuat daripada cahaya pada hari kiamat. Sesungguhnya aku (mimbarku) adalah yang paling tinggi dan paling bercahaya. Lalu seorang penyeru datang seraya berseru: Di manakah Nabi yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis)? Baginda bersabda: Lalu para Nabi berkata: Kesemua kami adalah Nabi yang ummi, maka kepada siapakah dalam kalangan kami ia dihantar? Penyeru tadi mengulangi kali kedua, katanya: Di manakah Nabi yang berbangsa Arab? Baginda bersabda: Lalu Muhammad pun turun hingga baginda mendatangi pintu syurga lalu baginda mengetuknya. Malaikat bertanya: Siapa? Baginda menjawab: Muhammad – atau Ahmad –, dikatakan: Adakah telah diutuskan kepadanya? Malaikat itu berkata: Ya, lalu dibukakan pintu itu untuk baginda lalu baginda pun masuk. Allah pun menjelma untuk baginda dan tidak menjelma untuk Nabi sebelum baginda. Baginda pun sujud kepada Allah, memujinya dengan pujian yang tidak pernah dipuji oleh sesiapa pun sebelum baginda dan tidak ada siapapun yang memuji menggunakan pujian itu selepas baginda, lalu dikatakan kepada baginda: Muhammad! Angkatlah kepalamu, berbicaralah kamu akan didengari dan mintalah syafaat kamu akan diberikan syafaat… Lalu beliau menyebutkan hadith.
[Riwayat Ibn Hibban. Lihat al-Da'ifah, no. 6491]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs