Pada hari kiamat, peluh mengekang orang kafir daripada bercakap

TEKS BAHASA ARAB

‌الكافر يلجمه العرق يوم القيامة، حتى يقول: أرحني ولو إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Orang kafir akan dikekangi oleh peluh (kerana dihalang daripada bercakap) pada hari kiamat sehingga dia berkata: Lepaskanlah (aku dari sini) walaupun aku dimasukkan ke dalam neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1337, hadis nombor 6830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن عبدالله بن مسعود رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الكافر يلجمه العرق يوم القيامة، حتى يقول: أرحني ولو إلى النار.
[خط، ((الضعيفة)) (4150)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA daripada Nabi SAW: Orang kafir akan dikekangi oleh peluh (kerana dihalang daripada bercakap) pada hari kiamat sehingga dia berkata: Lepaskanlah (aku dari sini) walaupun aku dimasukkan ke dalam neraka.
[Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4150]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.