Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الكافر يُلْجِمْهُ العَرَقُ يَومَ القيامة، حتى يقول: أَرِحْنِي ولَوْ إلى النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Orang kafir akan dikekangi oleh peluh (kerana dihalang daripada bercakap) pada hari kiamat sehingga dia berkata: Lepaskanlah (aku dari sini) walaupun aku dimasukkan ke dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1337, hadis no. 6830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada 'Abdullah bin Mas'ud RA daripada Nabi SAW: Orang kafir akan dikekangi oleh peluh (kerana dihalang daripada bercakap) pada hari kiamat sehingga dia berkata: Lepaskanlah (aku dari sini) walaupun aku dimasukkan ke dalam neraka. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4150]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman