Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تُجْعَلُ النَّوائِحُ يَوْمَ القِيامَةِ صَفَّيْنِ صَفٌّ عَنْ يَمِينِهِمْ وصَفٌّ عَنْ يَسارِهِمْ: فَيَنيحْنَ عَلَى أهْلِ النَّارِ كَمَا تَنْبَحُ الكِلاَبُ.
Teks Bahasa Melayu
Pada hari Kiamat, orang-orang yang meratap akan diletakkan dalam dua barisan, satu barisan di sebelah kanan mereka (ahli neraka) dan satu barisan di sebelah kiri mereka. Ia pun menyalak terhadap ahli neraka seperti salakan anjing.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 27, hadis no. 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Sesiapa yang memasukkan hadith ini dengan anggapan ia sahih, ia hanyalah membuktikan bahawa dia tidak pernah mencium bau hadith langsung. Ini kerana penuntut ilmu yang bawahan pun tahu secara jelas bahawa ini adalah merepek yang digembar-gemburkan oleh tukang-tukang cerita dalam majlis-majlis mereka.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman