Pada hari kiamat orang-orang kafir akan dikenali dengan amalannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة عرف الكافر بعمله. فجحد وخاصم، فيقال له: جيرانك يشهدون عليك، فيقول: كذبوا، فيقال: أهلك وعشيرتك، فيقول: كذبوا، فيقال: احلفوا، فيحلفون، ثم يصمتهم الله، ويشهد عليهم ألسنتهم، فيدخلهم النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat orang-orang kafir akan dikenali dengan amalannya. Lalu dia membantah dan melawan. Lalu dikatakan kepadanya: Jiran-jiran kamu menjadi saksi terhadap kamu, dia berkata: Mereka berdusta. Dikatakan kepada dia: Ahli keluarga kamu (juga menjadi saksi terhadap kamu. Dia berkata: Mereka berdusta. Dikatakan kepadanya: Bersumpahlah, lalu mereka bersumpah. Kemudian Allah menjadikan mereka bisu dan lidah-lidah mereka menjadi saksi kepada mereka lalu mereka memasuki neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 658, hadis nombor 3398. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد – رضي الله عنه – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((إذا كان يوم القيامة عرف الكافر بعمله. فجحد وخاصم، فيقال له: جيرانك يشهدون عليك، فيقول: كذبوا، فيقال: أهلك وعشيرتك، فيقول: كذبوا، فيقال: احلفوا، فيحلفون، ثم يصمتهم الله، ويشهد عليهم ألسنتهم، فيدخلهم النار)). [ع، ابن جرير، ابن أبي حاتم في ((التفسير))، ك، ((الضعيفة)) (2708)]

(Lemah) Daripada Abu Said RA bahawa Rasulullah SAW berkata: “Pada hari kiamat orang-orang kafir akan dikenali dengan amalannya. Lalu dia membantah dan melawan. Lalu dikatakan kepadanya: Jiran-jiran kamu menjadi saksi terhadap kamu, dia berkata: Mereka berdusta. Dikatakan kepada dia: Ahli keluarga kamu (juga menjadi saksi terhadap kamu. Dia berkata: Mereka berdusta. Dikatakan kepadanya: Bersumpahlah, lalu mereka bersumpah. Kemudian Allah menjadikan mereka bisu dan lidah-lidah mereka menjadi saksi kepada mereka lalu mereka memasuki neraka.” [Riwayat Abu Ya’la dalam al-Musnad, Ibn Jarir dalam Tafsirnya, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2708]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs