TEKS BAHASA ARAB
إذا كان يوم القيامة أتي بالموت كالكبش الأملح فيوقف بين الجنة والنار فيذبح وهم ينظرون فلو أن أحدا مات فرحا لمات أهل الجنة ولو أن أحدا مات حزنا لمات أهل النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada hari kiamat nanti akan didatangkan dengan kematian berupa seekor kibas yang berbelang-belang, lalu diletakkan di antara syurga dan neraka, lalu ia disembelih dalam keadaan mereka sedang melihatnya, jika ada seseorang yang mati kerana kegembiraan maka ahli syurga akan mati, jika ada seseorang yang mati kerana kesedihan maka ahli neraka akan mati.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 658, hadis nombor 3397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا كان يوم القيامة أتي بالموت كالكبش الأملح فيوقف بين الجنة والنار فيذبح وهم ينظرون فلو أن أحدا مات فرحا لمات أهل الجنة ولو أن أحدا مات حزنا لمات أهل النار)). [ت، ((الضعيفة)) (2669)]
(Lemah) Daripada Abu Said RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Pada hari kiamat nanti akan didatangkan dengan kematian berupa seekor kibas yang berbelang-belang, lalu diletakkan di antara syurga dan neraka, lalu ia disembelih dalam keadaan mereka sedang melihatnya, jika ada seseorang yang mati kerana kegembiraan maka ahli syurga akan mati, jika ada seseorang yang mati kerana kesedihan maka ahli neraka akan mati.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2669]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.