Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Pada hari kiamat nanti akan didatangkan dengan kematian berupa seekor kibas

Teks Bahasa Arab

إذا كانَ يومُ القيامةِ أُتيَ بالموتِ كالكَبشِ الأملَحِ فيوقَفُ بينَ الجنَّةِ والنَّارِ فيُذبَحُ وَهُم ينظرونَ، فلَو أنَّ أحدًا ماتَ فرَحًا لماتَ أَهْلُ الجنَّةِ، ولَو أنَّ أحدًا ماتَ حُزنًا لماتَ أهلُ النَّار.

Teks Bahasa Melayu

Pada hari kiamat nanti akan didatangkan dengan kematian berupa seekor kibas yang berbelang-belang, lalu diletakkan di antara syurga dan neraka, lalu ia disembelih dalam keadaan mereka sedang melihatnya, jika ada seseorang yang mati kerana kegembiraan maka ahli syurga akan mati, jika ada seseorang yang mati kerana kesedihan maka ahli neraka akan mati.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 658, hadis no. 3397. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي سعيد - رضي الله عنه - مرفوعا: ((‌إذا كان يوم القيامة أتي بالموت كالكبش الأملح فيوقف بين الجنة والنار فيذبح وهم ينظرون فلو أن أحدا مات فرحا لمات أهل الجنة ولو أن أحدا مات حزنا لمات أهل النار)). [ت، ((الضعيفة)) (2669)]

(Lemah) Daripada Abu Said RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Pada hari kiamat nanti akan didatangkan dengan kematian berupa seekor kibas yang berbelang-belang, lalu diletakkan di antara syurga dan neraka, lalu ia disembelih dalam keadaan mereka sedang melihatnya, jika ada seseorang yang mati kerana kegembiraan maka ahli syurga akan mati, jika ada seseorang yang mati kerana kesedihan maka ahli neraka akan mati.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2669]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.