Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan segolongan manusia dari kubur mereka dalam keadaan mulut mereka menyala-nyala dengan api

Teks Bahasa Arab

يُبْعَثُ يومَ القيامةِ قومٌ من قبورِهم؛ تأججُ أفواهُهُم نارًا. فقيل: مَن هم؟ قال: ألم تَرَ أن اللهَ يقولُ: {إنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلۡيَتَٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ نَارٗاۖ }... الآية؟!.

Teks Bahasa Melayu

Pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan segolongan manusia dari kubur mereka dalam keadaan mulut mereka menyala-nyala dengan api. Maka ditanya: "Siapakah mereka?". Baginda menjawab: "Tidakkah kamu melihat Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka" ayat ini?!".

Sahabat Perawi

  1. Abu Barzah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 513, hadis no. 2727.

(موضوع) عن أبي برزة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «يبعث يوم القيامة قوم من قبورهم؛ تأجج أفواههم نارا. فقيل: من هم؟ قال: ألم تر أن الله يقول: {ِإنَّ ٱلَّذِينَ يَأۡكُلُونَ أَمۡوَٰلَ ٱلۡيَتَٰمَىٰ ظُلۡمًا إِنَّمَا يَأۡكُلُونَ فِي بُطُونِهِمۡ نَارٗاۖ }... الآية؟!!». [ع، حب، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (5458)].

(Palsu) Daripada Abu Barzah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: Pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan segolongan manusia dari kubur mereka dalam keadaan mulut mereka menyala-nyala dengan api. Maka ditanya: "Siapakah mereka?". Baginda menjawab: "Tidakkah kamu melihat Allah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka" ayat ini?!". [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnadnya, Ibnu Hibban dalam al-Sahih dan al-Wahidi dalam al-Wasit. Lihat silsilah al-Da'ifah, no 5458].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.