Pada hari kiamat kelak, sebuah mimbar akan didirikan di hadapan 'Arasy untuk Nabi Ibrahim

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة نصب لابراهيم منبر امام العرش ونصب لي منبر أمام العرش ونصب لابي بكر كرسى فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل وحبيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat kelak, sebuah mimbar akan didirikan di hadapan ‘Arasy untuk Nabi Ibrahim, sebuah lagi untukku di hadapan ‘Arasy, dan sebuah kerusi diletakkan untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut, kemudian ada satu suara menyeru: Wahai al-Siddiq, yang berada antara al-Khalil dan al-Habib (kekasih).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1125, hadis nombor 5677. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان يوم القيامة نصب لابراهيم منبر امام العرش ونصب لي منبر أمام العرش ونصب لابي بكر كرسى فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل وحبيب. [خط، ابن الجوزي، الضعيفة (6925)].

(Palsu) Daripada Mu‘az bin Jabal RA, beliau berkata : Pada hari kiamat kelak, sebuah mimbar akan didirikan di hadapan ‘Arasy untuk Nabi Ibrahim, sebuah lagi untukku di hadapan ‘Arasy, dan sebuah kerusi diletakkan untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut, kemudian ada satu suara menyeru: Wahai al-Siddiq, yang berada antara al-Khalil dan al-Habib (kekasih). [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, riwayat Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu‘at. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 2925]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.