Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Pada hari kiamat kelak Nabi Ibrahim akan diberikan tempat duduk di atas mimbar

Teks Bahasa Arab

إذا كان يومُ القيامةِ نُصِب لإبراهيمَ مِنبرٌ أمامَ العرشِ ونُصِب لي مِنبرٌ أمامَ العرشِ، ونُصِب لأبي بكرٍ كُرسيٌّ فنجلِسُ عليها ويُنادي منادٍ يالك مِنْ صِدِّيقٍ بينَ خليلٍ وحبيبٍ.

Teks Bahasa Melayu

Pada hari kiamat kelak Nabi Ibrahim akan diberikan tempat duduk di atas mimbar yang berada di hadapan Arasy. Aku juga diberikan tempat duduk di atas mimbar yang berada di hadapan Arasy. Abu Bakar pula diberikan tempat duduk di atas kerusi. Beliau duduk di atas kerusi tersebut dan ada suara yang memanggil. Wahai Siddiq, alangkah (beruntungnya) kamu duduk di antara Khalil dan Habib (kekasih).

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1948, hadis no. 9756. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: إذا كان يوم القيامة نصب لإبراهيم منبر أمام العرش ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه وينادى مناد: يالك من صديق بين خليل وحبيب. [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6925)]

(Palsu) Daripada Muaz Bin Jabal RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak Nabi Ibrahim akan diberikan tempat duduk di atas mimbar yang berada di hadapan Arasy. Aku juga diberikan tempat duduk di atas mimbar yang berada di hadapan Arasy. Abu Bakar pula diberikan tempat duduk di atas kerusi. Beliau duduk di atas kerusi tersebut dan ada suara yang memanggil. Wahai Siddiq, alangkah (beruntungnya) kamu duduk di antara Khalil dan Habib (kekasih). [Riwayat al-Khatib dalam al-Tarikh, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu’at. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 6925]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.