Pada hari kiamat kelak, kamu akan diseru dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إنكم تدعون يوم القيامة بأسمائكم وأسماء آبائكم؛ فأحسنوا أسماءكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya kamu akan dipanggil (diseru) pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu; Oleh itu, perelokkanlah nama kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1354, hadis nombor 6910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي الدرداء رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إنكم تدعون يوم القيامة بأسمائكم وأسماء آبائكم؛ فأحسنوا أسماءكم.
[د، الدارمي، حب، هق، حم، عبد بن حميد، البغوي في ((حديث علي بن الجعد))، أبو محمد البغوي، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5460)]

(Lemah)
Daripada Abi al-Darda’ RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya kamu akan dipanggil (diseru) pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu; Oleh itu, perelokkanlah nama kamu.
[Riwayat Abu Dawud, al-Darimi, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ahmad dalam al-Musnad, 'Abd bin Humaid, al-Baghawi dalam Hadith 'Ali bin al-Ja'd, Abu Muhammad al-Baghdawi, Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5460]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.