Pada hari kiamat kelak, aku ialah orang pertama yang dikeluarkan dari bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ كنت أول من ينشق الأرض عنه ولا فخر، ويتبعني بلال المؤذن، ويتبعه سائر المؤذنين وهو واضع يده في أذنه وهو ينادي : أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، أرسله بالهدى ودين الحق؛ ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون . وسائر المؤذنين ينادون معه ويتبعونه حتى يأتي أبواب الجنة، فأكون أنا أول ضارب حلقة باب الجنة ولا فخر، وتلقانا الملائكة بخيول ونوق من ألوان الجوهر، صهيلها التسبيح حتى يسلم علينا، ويقال : ادخلوا بسلام آمنين؛ هذا يومكم الذي كنتم توعدون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat kelak, aku ialah orang pertama yang dikeluarkan dari bumi dan ia bukanlah kebanggaan. Bilal si tukang azan mengikuti aku. Beliau diikuti orang seluruh tukang azan dalam keadaan beliau sedang meletakkan tangannya di telinganya sambal menyeru: Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Allah mengutuskan Baginda dengan petunjuk dan agama kebenaran. Supaya ia terzahir berbanding agama lain walaupun orang musyrik membencinya. Kesemua tukang azan menyeru bersama beliau dan mengikuti beliau sehingga beliau sampai di pintu syurga. Maka aku ialah orang pertama yang mengetuk daun pintu syurga dan itu bukanlah kebanggaan. Lalu para Malaikat memberikan kami kuda dan unta yang diperbuat daripada permata. Suaranya tetap bertasbih sehingga diberikan salam kepada kami dan dikatakan: Masuklah dengan selamat dan sejahtera. Hari ini adalah hari yang kalian dijanjikan.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1900 hadis nombor 9553. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: إذا كان يوم القيامة؛ كنت أول من ينشق الأرض عنه ولا فخر، ويتبعني بلال المؤذن، ويتبعه سائر المؤذنين وهو واضع يده في أذنه وهو ينادي: أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله، أرسله بالهدى ودين الحق؛ ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون، وسائر المؤذنين ينادون معه ويتبعونه حتى يأتي أبواب الجنة، فأكون أنا أول ضارب حلقة باب الجنة ولا فخر، وتلقانا الملائكة بخيول ونوق من ألوان الجوهر، صهيلها التسبيح حتى يسلم علينا، ويقال: ادخلوا بسلام آمنين؛ هذا يومكم الذي كنتم توعدون.
[عق، ((الضعيفة)) (5826)]

(Dusta)
Daripada Anas Bin Malik RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak, aku ialah orang pertama yang dikeluarkan dari bumi dan ia bukanlah kebanggaan. Bilal si tukang azan mengikuti aku. Beliau diikuti orang seluruh tukang azan dalam keadaan beliau sedang meletakkan tangannya di telinganya sambal menyeru: Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah. Allah mengutuskan Baginda dengan petunjuk dan agama kebenaran. Supaya ia terzahir berbanding agama lain walaupun orang musyrik membencinya. Kesemua tukang azan menyeru bersama beliau dan mengikuti beliau sehingga beliau sampai di pintu syurga. Maka aku ialah orang pertama yang mengetuk daun pintu syurga dan itu bukanlah kebanggaan. Lalu para Malaikat memberikan kami kuda dan unta yang diperbuat daripada permata. Suaranya tetap bertasbih sehingga diberikan salam kepada kami dan dikatakan: Masuklah dengan selamat dan sejahtera. Hari ini adalah hari yang kalian dijanjikan.
[Riwayat al-’Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5826]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.