Pada hari kiamat, Ibrahim akan diletakkan di mimbar berhadapan Arasy

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه وينادي مناد : يا لك من صديق بين خليل وحبيب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat, Ibrahim akan diletakkan di mimbar berhadapan Arasy. Dan saya juga diletakkan di mimbar berhadapan dengan Arasy. Diletakkan kerusi untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut. Ada suara yang menyeru: Beruntungnya kamu wahai Al-Siddiq yang berada di antara Khalil (Ibrahim) dan juga Habib (kekasih iaitu Rasulullah SAW).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1901 hadis nombor 9554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: إذا كان يوم القيامة؛ نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه وينادي مناد : يا لك من صديق بين خليل وحبيب.
[خط، ((الضعيفة)) (5519)]

(Palsu)
Daripada Muaz RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Kiamat, Ibrahim akan diletakkan di mimbar berhadapan Arasy. Dan aku juga diletakkan di mimbar berhadapan dengan Arasy. Diletakkan kerusi untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut. Ada suara yang menyeru: Beruntungnya kamu wahai al-Siddiq yang berada di antara Khalil (Ibrahim) dan juga Habib (kekasih iaitu Rasulullah SAW).
[Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5519]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs