Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا كانَ يومُ القيامةِ؛ نُصِبَ لإبراهيمَ منبرٌ أمامَ العرشِ، ونُصِبَ لي منبرٌ أمامَ العرشِ، ونُصِبَ لأبي بكرٍ كرسيٌّ فيَجلسُ عليهِ ويُنادي منادٍ : يا لَكَ مِن صِدِّيقٍ بين خَليلٍ وحَبيبٍ.
Teks Bahasa Melayu
Pada hari kiamat, Ibrahim akan diletakkan di mimbar berhadapan Arasy. Dan saya juga diletakkan di mimbar berhadapan dengan Arasy. Diletakkan kerusi untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut. Ada suara yang menyeru: Beruntungnya kamu wahai Al-Siddiq yang berada di antara Khalil (Ibrahim) dan juga Habib (kekasih iaitu Rasulullah SAW).
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1901, hadis no. 9554. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن معاذ رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: إذا كان يوم القيامة؛ نصب لإبراهيم منبر أمام العرش، ونصب لي منبر أمام العرش، ونصب لأبي بكر كرسي فيجلس عليه وينادي مناد : يا لك من صديق بين خليل وحبيب. [خط، ((الضعيفة)) (5519)]
(Palsu) Daripada Muaz RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Kiamat, Ibrahim akan diletakkan di mimbar berhadapan Arasy. Dan aku juga diletakkan di mimbar berhadapan dengan Arasy. Diletakkan kerusi untuk Abu Bakar. Lalu beliau duduk di atas kerusi tersebut. Ada suara yang menyeru: Beruntungnya kamu wahai al-Siddiq yang berada di antara Khalil (Ibrahim) dan juga Habib (kekasih iaitu Rasulullah SAW). [Riwayat Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5519]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman