Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما منْ غنيٍّ ولا فقيرٍ؛ إلا ودَّ يومَ القيامةِ أنهُ أوتيَ منَ الدنيا قوتًا.
Teks Bahasa Melayu
Tidak seorang pun dalam kalangan orang kaya mahupun orang fakir; melainkan pada hari kiamat dia suka sekiranya hanya diberikan dunia sekadar makanan asasi sahaja.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1345, hadis no. 6871. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أنس رضي الله عنه مرفوعاً: ما من غني ولا فقير؛ إلا ود يوم القيامة أنه أوتي من الدنيا قوتا. [هـ، حم، حل، ((الضعيفة)) (4869)].
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak seorang pun dalam kalangan orang kaya mahupun orang fakir; melainkan pada hari kiamat dia suka sekiranya hanya diberikan dunia sekadar makanan asasi sahaja. [Riwayat Ibn Majah, Ahmad dalam al-Musnad dan Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4869]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman