Pada hari kiamat dakwat-dakwat penuntut ilmu dan darah para syuhada akan dibawakan

TEKS BAHASA ARAB

‌يؤتى بمداد طالب العلم يوم القيامة ودم الشهداء، فيوزنان؛ فلا يفضل هذا على هذا، ولا هذا على هذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat dakwat-dakwat penuntut ilmu dan darah para syuhada akan dibawakan, lalu kedua-duanya akan ditimbang (berat), kedua-duanya sama sahaja.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265, hadis nombor 6463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(منكر)
عن عقبة بن عامر رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يؤتَى بمداد طالب العلم يوم القيامة ودم الشهداء، فيوزنان؛ فلا يفضل هذا على هذا، ولا هذا على هذا.
[الرافعي، ((الضعيفة)) (3300)]

(Munkar)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Pada hari kiamat dakwat-dakwat penuntut ilmu dan darah para syuhada akan dibawakan, lalu kedua-duanya akan ditimbang (berat), kedua-duanya sama sahaja.
[Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3300]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs