Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُؤتَى بمِدَادِ طالبِ العلمِ يومَ القيامةِ ودَمِ الشهداء، فيُوزَنَان؛ فلا يَفْضُلُ هذا على هذا، ولا هذا على هذا.
Teks Bahasa Melayu
Pada hari kiamat dakwat-dakwat penuntut ilmu dan darah para syuhada akan dibawakan, lalu kedua-duanya akan ditimbang (berat), kedua-duanya sama sahaja.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin 'Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265, hadis no. 6463. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عقبة بن عامر رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يؤتَى بمداد طالب العلم يوم القيامة ودم الشهداء، فيوزنان؛ فلا يفضل هذا على هذا، ولا هذا على هذا. [الرافعي، ((الضعيفة)) (3300)]
(Munkar) Daripada 'Uqbah bin 'Amir RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Pada hari kiamat dakwat-dakwat penuntut ilmu dan darah para syuhada akan dibawakan, lalu kedua-duanya akan ditimbang (berat), kedua-duanya sama sahaja. [Riwayat al-Rafi'ei. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3300]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman