Pada hari kiamat Allah SWT berkata: Di manakah orang-orang yang menjauhkan pendengaran mereka serta penglihatan mereka daripada seruling syaitan

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة، قال الله: أين الذين كانوا ينزهون أسماعهم وأبصارهم عن مزامير الشيطان؟ ميزوهم، فيميزون في كثب المسك والعنبر، ثم يقول للملائكة: اسمعوهم تسبيحي وتمجيدي، قال: فيسمعُون بأصوات لم يسمع السامعون بمثلها قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat Allah SWT berkata: "Di manakah orang-orang yang menjauhkan pendengaran mereka serta penglihatan mereka daripada seruling syaitan? Asingkan mereka." Lalu diasingkan mereka di dalam kepulan kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada malaikat : "Dengarkan kepada mereka tasbih-Ku dan ucapan mengagungkan-Ku. Lalu mereka mendengar suara yang tidak pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum ini.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1642, hadis nombor 8303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر- رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إذا كان يوم القيامة، قال الله: أين الذين كانوا ينزهون أسماعهم وأبصارهم عن مزامير الشيطان؟ ميزوهم، فيميزون في كثب المسك والعنبر، ثم يقول للملائكة: اسمعوهم تسبيحي وتمجيدي، قال: فيسمعُون بأصوات لم يسمع السامعون بمثلها قط)). [فر،((الضعيفة)) (6506)].

(Mawdu’)
Daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Pada hari kiamat Allah SWT berkata: Di manakah orang-orang yang menjauhkan pendengaran mereka serta penglihatan mereka daripada seruling syaitan? Asingkan mereka. Lalu diasingkan mereka di dalam kepulan kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada malaikat : Dengarkan mereka tasbih-Ku dan ucapan mengagungkan-Ku. Lalu mereka mendengar suara yang tidak pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum ini.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6506)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs