Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ قَالَ اللَّهُ : أَيْنَ الَّذِينَ كَانُواْ يُنَزِّهُونَ أَسْمَاعَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ عَنْ مَزَامِيرِ الشَّيْطَانِ ؟ مَيِّزوهُمْ فَيُمَيَّزُونَ فِي كُثُبِ الْمِسْكِ وَالْعَنْبَرِ ثُمَّ يَقُولُ لِلْمَلَائِكَةِ : أََسْمِعُوهُمْ تَسْبِيحِي وَتَمْجِيدِي ، قَالَ : فَيَسْمَعُونَ بِأَصْوَاتٍ لَمْ يَسْمَعِ السَّامِعُونَ بِمِثْلِهَا قَطُّ.
Teks Bahasa Melayu
Pada hari kiamat Allah SWT berkata: "Di manakah orang-orang yang menjauhkan pendengaran mereka serta penglihatan mereka daripada seruling syaitan? Asingkan mereka." Lalu diasingkan mereka di dalam kepulan kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada malaikat : "Dengarkan kepada mereka tasbih-Ku dan ucapan mengagungkan-Ku. Lalu mereka mendengar suara yang tidak pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum ini.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1642, hadis no. 8303. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر- رضي الله عنه -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((إذا كان يوم القيامة، قال الله: أين الذين كانوا ينزهون أسماعهم وأبصارهم عن مزامير الشيطان؟ ميزوهم، فيميزون في كثب المسك والعنبر، ثم يقول للملائكة: اسمعوهم تسبيحي وتمجيدي، قال: فيسمعُون بأصوات لم يسمع السامعون بمثلها قط)). [فر،((الضعيفة)) (6506)].
(Mawdu’) Daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Pada hari kiamat Allah SWT berkata: Di manakah orang-orang yang menjauhkan pendengaran mereka serta penglihatan mereka daripada seruling syaitan? Asingkan mereka. Lalu diasingkan mereka di dalam kepulan kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada malaikat : Dengarkan mereka tasbih-Ku dan ucapan mengagungkan-Ku. Lalu mereka mendengar suara yang tidak pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum ini.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6506)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman