Pada hari kiamat, akan didatangkan seorang lelaki dari umatku

TEKS BAHASA ARAB

يؤتى بالرجل من أمتي يوم القيامة، وماله من ‌حسنة ‌ترجى له الجنة، فيقول الرب تعالى: أدخلوه الجنة؛ فإنه كان يرحم عياله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat, akan didatangkan seorang lelaki dari umatku dan dia tidak mempunyai apa-apa kebaikan dan diharapkan baginya syurga. Lalu Allah SWT berfirman: Masukkan dia ke dalam syurga kerana dia mengasihi keluarganya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 684, hadis nombor 3520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((يؤتى بالرجل من أمتي يوم القيامة، وماله من ‌حسنة ‌ترجى له الجنة، فيقول الرب تعالى: أدخلوه الجنة؛ فإنه كان يرحم عياله)). [الإسماعيلي في ((المعجم))، ((الضعيفة)) (5720)]

(Sangat lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Pada hari kiamat, akan didatangkan seorang lelaki dari umatku dan dia tidak mempunyai apa-apa kebaikan dan diharapkan baginya syurga. Lalu Allah SWT berfirman: Masukkan dia ke dalam syurga kerana dia mengasihi keluarganya.” [Riwayat al-Isma’ili dalam al-Mu’jam. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 5720]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs