Pada hari kiamat akan dibawakan lembaran-lembaran yang tertutup dan didirikan di hadapan Allah SWT

TEKS BAHASA ARAB

يؤتى يوم القيامة بصحف مختمة، فتنصب بين يدي الله تعالى، فيقول الله تبارك وتعالى: ألقوا هذا واقبلوا هذا! فتقول الملائكة: وعزتك! ما رأينا إلا خيرا! فيقول الله تعالى: إن هذا كان لغير وجهي، وإني لا أقبل من العمل إلا ما ابتغي به وجهي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat akan dibawakan lembaran-lembaran yang tertutup, lalu ia didirikan di hadapan Allah Ta’ala, lalu Allah berfirman: Lemparkanlah ini dan ambillah ini, malaikat pun berkata: Demi kemuliaan-Mu! Kami tidak melihatnya melainkan yang baik. Allah Ta’ala berfirman: Sesungguhnya amalan ini dilakukan bukan kerana-Ku dan Aku tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan kerana mengharapkan wajah-Ku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1362, hadis nombor 6944. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: يؤتى يوم القيامة بصحف مختمة، فتنصب بين يدي الله تعالى، فيقول الله تبارك وتعالى: ألقوا هذا واقبلوا هذا! فتقول الملائكة: وعزتك! ما رأينا إلا خيرا! فيقول الله تعالى: إن هذا كان لغير وجهي، وإني لا أقبل من العمل إلا ما ابتغي به وجهي.
[طس، ((الضعيفة)) (5154)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat akan dibawakan lembaran-lembaran yang tertutup, lalu ia didirikan di hadapan Allah Ta’ala, lalu Allah berfirman: Lemparkanlah ini dan ambillah ini, malaikat pun berkata: Demi kemuliaan-Mu! Kami tidak melihatnya melainkan yang baik. Allah Ta’ala berfirman: Sesungguhnya amalan ini dilakukan bukan kerana-Ku dan Aku tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan kerana mengharapkan wajah-Ku.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5154]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.