Pada hari kebangkitan kelak, saya adalah individu pertama yang dikeluarkan daripada tanah

TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة كنت أول من ينشق الأرض عنه ولا فخر ويتبعني بلال المؤذن ويتبعه سائر المؤذنين وهو واضع يده في أذنه وهو ينادي: أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله أرسله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون. وسائر المؤذنين ينادون معه ويتبعونه حتى يأتي أبواب الجنة فأكون أنا أول ضارب حلقة باب الجنة ولا فخر وتلقانا الملائكة بخيول ونوق من ألوان الجوهر صهيلها التسبيح حتى يسلم علينا، ويقال: ادخلوا بسلام آمنين هذا يومكم الذي كنتم توعدون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kebangkitan kelak, saya adalah individu pertama yang dikeluarkan daripada tanah, saya beritahu ini bukan untuk berlagak Kemudian diikuti oleh Bilal, tukang Azan, kemudian tukang-tukang azan yang lain mengikuti beliau. Bilal bangkit dalam keadaan tangannya di telinganya sambil menyeru: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak untuk disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu utusan Allah. Dia telah mengutuskan Baginda dengan petunjuk dan agama kebenaran, agar seruan Baginda tampak zahir mengatasi agama lain, meskipun orang musyrik tidak menyenanginya. Tukang-tukang azan yang lain turut mengikut seruannya ini, dan mengekori beliau sehingga ke pintu-pintu syurga. Aku adalah orang pertama yang akan mengetuk pintu syurga saya beritahu ini bukan untuk berlagak, kemudian kami akan disambut oleh para malaikat dengan kuda-kuda dan unta-unta berwarna-warni, ringkikan mereka hanyalah tasbih sehingga diucapkan salam kepada kami, diucapkan: Masuklah kalian ke dalam syurga dengan kesejahteraan dalam keadaan sentosa, inilah hari yang pernah dijanjikan untuk kalian dahulu.

STATUS

Dusta

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1073, hadis nombor 5467. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(كذب) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان يوم القيامة كنت أول من ينشق الأرض عنه ولا فخر ويتبعني بلال المؤذن ويتبعه سائر المؤذنين وهو واضع يده في أذنه وهو ينادي: أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله أرسله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولو كره المشركون. وسائر المؤذنين ينادون معه ويتبعونه حتى يأتي أبواب الجنة فأكون أنا أول ضارب حلقة باب الجنة ولا فخر وتلقانا الملائكة بخيول ونوق من ألوان الجوهر صهيلها التسبيح حتى يسلم علينا، ويقال: ادخلوا بسلام آمنين هذا يومكم الذي كنتم توعدون. [عق، الضعيفة (5826)]

(Dusta) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kebangkitan kelak, saya adalah individu pertama yang dikeluarkan daripada tanah, saya beritahu ini bukan untuk berlagak Kemudian diikuti oleh Bilal, tukang Azan, kemudian tukang-tukang azan yang lain mengikuti beliau. Bilal bangkit dalam keadaan tangannya di telinganya sambil menyeru: Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak untuk disembah melainkan Allah, dan bahawa Muhammad itu utusan Allah. Dia telah mengutuskan Baginda dengan petunjuk dan agama kebenaran, agar seruan Baginda tampak zahir mengatasi agama lain, meskipun orang musyrik tidak menyenanginya. Tukang-tukang azan yang lain turut mengikut seruannya ini, dan mengekori beliau sehingga ke pintu-pintu syurga. Aku adalah orang pertama yang akan mengetuk pintu syurga saya beritahu ini bukan untuk berlagak, kemudian kami akan disambut oleh para malaikat dengan kuda-kuda dan unta-unta berwarna-warni, ringkikan mereka hanyalah tasbih sehingga diucapkan salam kepada kami, diucapkan: Masuklah kalian ke dalam syurga dengan kesejahteraan dalam keadaan sentosa, inilah hari yang pernah dijanjikan untuk kalian dahulu. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu‘afa’ dan al-Khatib dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5826]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs