Syaz

30/06/2024

minit bacaan



Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang mana tidaklah seorang hamba itu menepati masa tersebut

Teks Bahasa Arab

في الجمعةِ ساعةٌ لا يُوافِقُهَا عَبْدٌ يستغفرُ اللهَ عزَّ وجلَّ إلا غفرَ له، فجعل النبي ﷺ بقتلها بیده.

Teks Bahasa Melayu

Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang mana tidaklah seorang hamba itu menepati masa tersebut dan dia beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah ‘Azza wa Jalla; melainkan akan diberi pengampunan kepadanya. Lalu Nabi SAW pun mengisyaratkan dengan tangannya untuk menunjukkan waktunya pendek.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Syaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 289, hadis no. 1517. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - مرفوعا: «في الجمعة ساعة لا يوافقها عبد يستغفر الله - عز وجل - إلا غفر له "، فجعل النبي ﷺ يقللها بیده». [ابن السني، «الضعيفة» (4013)]

(Syaz) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada hari Jumaat terdapat satu waktu yang mana tidaklah seorang hamba itu menepati masa tersebut dan dia beristighfar (memohon keampunan) kepada Allah ‘Azza wa Jalla; melainkan akan diberi pengampunan kepadanya. Lalu Nabi SAW pun mengisyaratkan dengan tangannya untuk menunjukkan waktunya pendek. [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4013]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.