Shaz

30/06/2024

minit bacaan



Pada hari Jumaat merupakan waktu yang tidak sesuai (bagi) seorang hamba memohon ampun kepada Allah melainkan diampunkan baginya

Teks Bahasa Arab

في الجمُعةِ ساعةً، لا يوافقُها عبدٌ يستغفِرُ اللهَ عزَّ وجلَّ، إلَّا غفرَ لَهُ، فجعلَ النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يقلِّلُها بيدِه.

Teks Bahasa Melayu

Pada hari Jumaat merupakan waktu yang tidak sesuai (bagi) seorang hamba memohon ampun kepada Allah ‘Azza Wa Jalla melainkan diampunkan baginya. Lalu Nabi SAW mengangkat tangan baginda bagi mengurangkan waktunya.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Shaz

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1846, hadis no. 9313. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - مرفوعا: ((في الجمعة ساعة لا يوافقها عبد يستغفر الله -عز وجل- إلا غفر له، فجعل النبي صلى الله عليه وسلم يقللها بيده)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (٤٠١٣)]

(Shaz) Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada hari Jumaat merupakan waktu yang tidak sesuai (bagi) seorang hamba memohon ampun kepada Allah ‘Azza Wa Jalla melainkan diampunkan baginya. Lalu Nabi SAW mengangkat tangan baginda bagi mengurangkan waktunya. [Riwayat Ibn al-Sinnī dalam kitab ‘Amal al-Yawm wa al-Laylah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4013]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.