Pada hari itu bumi pun menyampaikan beritanya. Adakah kamu tahu apakah beritanya?

TEKS BAHASA ARAB

[يومئذ تحدث أخبارها]؛ أتدرون ما أخبارها؟ فإن أخبارها: أن تشهد على كل عبد أو أمة بما عمل على ظهرها؛ أن تقول: عمل كذا وكذا يوم كذا وكذا، فهذه أخبارها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari itu bumi pun menyampaikan beritanya. [al-Zalzalah: 4] Adakah kamu tahu apakah beritanya? Sesungguhnya berita bumi itu adalah apabila ia mengemukakan penyaksian terhadap setiap hamba lelaki atau perempuan, tentang apa yang telah dikerjakannya di atas permukaannya. Bumi mengatakan bahawa dia telah melakukan ini dan itu, pada hari itu dan ini. Demikianlah yang dimaksudkan dengan beritanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1499, hadis nombor 7647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعاً: (([يومئذ تحدث أخبارها]؛ أتدرون ما أخبارها؟ فإن أخبارها: أن تشهد على كل عبد أو أمة بما عمل على ظهرها؛ أن تقول: عمل كذا وكذا يوم كذا وكذا، فهذه أخبارها)). [ت، حب، ك، ((الضعيفة))، (4834)].

(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada hari itu bumi pun menyampaikan beritanya. [al-Zalzalah: 4] Adakah kamu tahu apakah beritanya? Sesungguhnya berita bumi itu adalah apabila ia mengemukakan penyaksian terhadap setiap hamba lelaki atau perempuan, tentang apa yang telah dikerjakannya di atas permukaannya. Bumi mengatakan bahawa dia telah melakukan ini dan itu, pada hari itu dan ini. Demikianlah yang dimaksudkan dengan beritanya. [Sunan al-Tirmidhi, Sahih Ibn Hibban, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Silsilah al-Da’ifah (4834)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs