Pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah Ta'ala

TEKS BAHASA ARAB

إذا أتى علي يوم لا أزداد فيه علما يقربني إلى الله تعالى فلا بورك لي فى طلوع شمس ذلك اليوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah Ta’ala, maka tidak akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1229, hadis nombor 6254. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: إذا أتى علي يوم لا أزداد فيه علما يقربني إلى الله تعالى؛ فلا بورك لي فى طلوع شمس ذلك اليوم.
[ابن راهويه، عد، أبو الحسن بن الصلت في ((حديثه عن ابن عبد العزيز الهاشمي))، حل، خط، ابن عبد البر، طس، ((الضعيفة)) (379)].

(Palsu)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila datang kepadaku satu hari, sedang pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah Ta’ala, maka tidak akan diberkati bagiku terbitnya matahari pada hari itu.
[Riwayat Ibn Rahawaih, Ibn 'Adi, Abu al-Hasan bin al-Sult dalam Hadithnya daripada Ibn 'Abd al-'Aziz al-Hashimi, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Khatib al-Baghdadi, Ibn 'Abd al-Bar, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 379].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs