Pada hari Isnin, solat empat rakaat dengan membaca آمن الرَّسُول

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

وفي يوم الاثنين أربع ركعات بآمن الرسول وثلاث قلاقل مرة مرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari Isnin, solat empat rakaat dengan membaca آمن الرَّسُول dan tiga Surah al-Qalaqil (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sebanyak sekali sekali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 42. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع. والمتهم به الجوزقاني وهو الذي وضع هذه الصلاة كلها وصلاة الأسبوع ولقد كان له حظ من علم الحديث فسبحان الله من يطمس على القلوب.

Ia juga adalah hadith yang palsu. Yang dituduh berdusta adalah al-Jawzaqani. Hadith-hadith berkenaan solat-solat ini dan solat mingguan adalah hasil pemalsuan yang dilakukan oleh beliau. Beliau sebenarnya mempunyai pengetahuan dan mahir dalam ilmu hadith. Maha Suci Allah yang Maha Merubah hati-hati.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.