Pada hari esok, ada seorang lelaki dari kalangan ahli syurga yang akan menunaikan solat bersama kamu

TEKS BAHASA ARAB

بينا رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حلقة من أصحابه إذ قال: يصلين معكم غداً رجل من أهل الجنة. قال أبو هريرة: فطمعت أن أكون أنا ذلك الرجل فغدوت فصليت خلف النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فأقمت في المسجد حتى انصرف الناس وبقيت أنا وهو فبينا نحن عنده إذ أقبل رجل أسود متزر بخرقة، مرتد برقعة، فجاء حتى وضع يده في يد رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثم قال: يا نبي الله ادع الله لي فدعا النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ له بالشهادة وإنا لنجد منه ريح المسك الأذفر، فقلت: يا رسول الله أهو هو؟ قال: نعم إنه لمملوك لبني فلان. قلت: أفلا تشتريه فتعتقه يا نبي الله؟ قال: وأنى لي ذلك، إن كان الله تعالى يريد أن يجعله من ملوك الجنة يا أبا هريرة إن لأهل الجنة ملوكاً وسادة وإن هذا الأسود أصبح من ملوك الجنة وسادتهم. يا أبا هريرة إن الله تعالى يحب من خلقه الأصفياء الأَخْفِياء الأبرياء الشَّعِثَةَ رؤوسهم المُغْبَرَّة وجوههم الخَمِصَة بطونهم إلا من كسب الحلال، الذين إذا استأذنوا على الأمراء؛ لم يُؤذن لهم، وإن خطبوا المتنعِّمات لم يُنكَحوا، وإن غابوا؛ لم يُفتقدوا، وإن حَضَروا؛ لم يُدْعَوا وإن طلعوا لم يُفرح بطلعتهم، وإن مَرِضوا لم يُعاودوا وإن ماتوا؛ لم يَشْهَدوا. قالوا: يا رسول الله كيف لنا برجل منهم؟ قال: ذاك أويس القرني قالوا: وما أويس القرني؟ قال: أشهل ذو صهوبة، بعيد ما بين المنكبين معتدل القامة آدم شديد الأدمة ضارب بذقنه إلى صدره، رام بذقنه إلى موضع سجوده، واضع يمينه على شماله، يتلو القرآن، يبكي على نفسه ذو طِمْرين لا يُؤْبَه له، مُتَّزِرٌ بإزارِ صوف ورداء صوف، مجهول في أهل الأرض معروف في أهل السماء، لو أقسم على الله؛ لأبر قسمه، ألا وإن تحت منكبه الأيسر لمعة بيضاء، ألا وإنه إذا كان يوم القيامة؛ قيل للعباد ادخلوا الجنة ويقال لأويس: قف فاشفع. فيُشَفِّعُه الله عز وجل في مثل عدد ربيعة ومُضَرَ يا عمرُ ويا عليُّ إذا أنتما لقيتماه فاطلبا إليه أن يستغفر لكما يغفر الله تعالى لكما…الحديث بطوله. وزاد بعده: قال: فمكثا يطلبانه عشر سنين لا يقدران عليه إلى آخر القصة وفيها طول لا حاجة بنا إلى ذكرها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ketika Rasulullah SAW sedang bersama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda SAW telah bersabda: Pada hari esok, ada seorang lelaki dari kalangan ahli syurga yang akan menunaikan solat bersama kamu. Abū Hurayrah RA telah berkata: Maka aku berharap bahawa akulah yang dimaksudkan dengan lelaki tersebut. Lalu aku pun bangun pada waktu pagi dan aku menunaikan solat di belakang Nabi SAW. Kemudian aku kekal di dalam masjid sehinggalah orang ramai beredar dan hanya tinggal aku seorang sahaja bersama dengan Baginda SAW. Ketika aku sedang duduk bersama Baginda SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki berkulit hitam yang memakai perca kain dan berpakaian dengan sepotong kain. Dia datang sehinggalah dia meletakkan tangannya di tangan Rasulullah SAW kemudian dia telah berkata: “Wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah SWT untukku. Lalu Baginda SAW telah mendoakannya agar mendapat syahid dan kami mendapati ada daripadanya bauan Kasturi yang kuat. Lalu aku telah bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah dia lelaki yang dimaksudkan?” Baginda SAW telah menjawab: Ya, sesungguhnya dia adalah hamba bani Polan. Lalu aku telah berkata: Mengapakah kamu tidak membelinya lalu membebaskannya wahai Nabi Allah?” Baginda SAW telah bersabda: Bagaimanakah aku ingin melakukannya, sekiranya Allah SWT sendiri yang mahukan dia menjadi sebahagian daripada raja-raja di syurga wahai Abū Hurayrah? Sesungguhnya bagi penghuni syurga itu ada raja-raja dan juga pemimpin. Dan lelaki hitam ini akan menjadi sebahagian dari raja dan juga pemimpin mereka di dalam syurga. Wahai Abū Hurayrah, sesungguhnya Allah SWT mencintai golongan suci, orang yang takut, orang yang baik dari kalangan makhluk-Nya. Kepala mereka (rambut) kusut masai dan wajah-wajah mereka berdebu. Mereka tidak mengisi perut mereka melainkan daripada sumber yang halal. Mereka itu apabila meminta izin kepada para pemerintah, tidak diberi keizinan kepada mereka. Apabila mereka ingin meminang wanita-wanita yang cantik, mereka tidak akan dikahwinkan dengan wanita-wanita itu. Sekiranya mereka hilang, mereka tidak akan dicari. Sekiranya mereka berada di sekeliling, mereka tidak akan dipanggil. Sekiranya mereka datang, kedatangan mereka itu tidak disambut dengan kegembiraan. Sekiranya mereka sakit, mereka tidak akan dikunjungi. Sekiranya mereka meninggal dunia, kematian mereka tidak akan disaksikan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah dengan seorang lelaki dari kalangan mereka?” Baginda SAW menjawab: Itulah Uways al-Qaranī . Mereka bertanya lagi: Dan siapakah Uways al-Qaranī? Baginda SAW telah menjawab: Seorang lelaki yang matanya ada warna kebiruan, rambutnya kekuningan kedua bahunya jauh, lurus tegak, berkulit gelap, dagunya merapat ke dadanya, dagunya sentiasa diletakkan ke tempat sujud, dia sentiasa meletakkan sisi kanannya berada di atas sisi kirinya, selalu membaca al-Quran, dia menangisi dirinya, mempunyai dua helai pakaian sahaja, tidak dipedulikan orang, memakai kain dan selendang daripada bulu, tidak dikenali di dunia, namun dikenali di langit, jika dia bersumpah demi Allah, nescaya Dia akan sempurnakan sumpahnya untuknya, di bawah bahu kirinya ada tompokan putih, jika datang hari kiamat, dikatakan kepada hamba-hamba Allah (yang lain) masuklah ke dalam syurga, dikatakan kepada Uwais: Bangunlah dan berikanlah syafaat. Lalu Allah memperkenankan syafaatNya sebanyak (bilangan bani) Rabiah dan Mudhar, wahai Umar dan Ali, jika kamu berdua menemuinya, maka mohonlah darinya agar dia meminta ampun bagi kamu berdua, nescaya Allah akan mengampunkan kamu berdua.” Hadith ini panjang. ditambah lagi selepas itu: Maka mereka terus mencarinya selama 10 tahun tetapi tidak ditemui… sehingga akhir kisah ini. tambahan ini tidak perlu disebutkan.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 127 – 128, hadis nombor 649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: بينا رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ في حلقة من أصحابه إذ قال: يصلين معكم غداً رجل من أهل الجنة. قال أبو هريرة: فطمعت أن أكون أنا ذلك الرجل فغدوت فصليت خلف النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فأقمت في المسجد حتى انصرف الناس وبقيت أنا وهو فبينا نحن عنده إذ أقبل رجل أسود متزر بخرقة مرتد برقعة فجاء حتى وضع يده في يد رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثم قال: يا نبي الله ادع الله لي؛ فدعا النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ له بالشهادة وإنا لنجد منه ريح المسك الأذفر، فقلت: يا رسول الله أهو هو؟ قال: نعم إنه لمملوك لبني فلان. قلت: أفلا تشتريه فتعتقه يا نبي الله؟ قال: وأنى لي ذلك إن كان الله تعالى يريد أن يجعله من ملوك الجنة يا أبا هريرة إن لأهل الجنة ملوكاً وسادة وإن هذا الأسود أصبح من ملوك الجنة وسادتهم. يا أبا هريرة إن الله تعالى يحب من خلقه الأصفياء الأَخْفِياء الأبرياء الشَّعِثَةَ رؤوسهم المُغْبَرَّة وجوههم الخَمِصَة بطونهم إلا من كسب الحلال، الذين إذا استأذنوا على الأمراء لم يُؤذن لهم وإن خطبوا المتنعِّمات لم يُنكَحوا وإن غابوا؛ لم يُفتقدوا وإن حَضَروا لم يُدْعَوا وإن طلعوا لم يُفرح بطلعتهم وإن مَرِضوا لم يُعاودوا وإن ماتوا؛ لم يَشْهَدوا. قالوا: يا رسول الله كيف لنا برجل منهم؟ قال: ذاك أويس القرني قالوا: وما أويس القرني؟ قال: أشهل ذو صهوبة، بعيد ما بين المنكبين، معتدل القامة آدم شديد الأدمة ضارب بذقنه إلى صدره، رام بذقنه إلى موضع سجوده، واضع يمينه على شماله، يتلو القرآن، يبكي على نفسه، ذو طِمْرين لا يُؤْبَه له، مُتَّزِرٌ بإزارِ صوف ورداء صوف، مجهول في أهل الأرض، معروف في أهل السماء، لو أقسم على الله؛ لأبر قسمه ألا وإن تحت منكبه الأيسر لمعة بيضاء، ألا وإنه إذا كان يوم القيامة قيل للعباد ادخلوا الجنة، ويقال لأويس: قف فاشفع. فيُشَفِّعُه الله عز وجل في مثل عدد ربيعة ومُضَرَ يا عمرُ ويا عليُّ إذا أنتما لقيتماه فاطلبا إليه أن يستغفر لكما يغفر الله تعالى لكما…الحديث بطوله. وزاد بعده: قال: فمكثا يطلبانه عشر سنين لا يقدران عليه إلى آخر القصة وفيها طول لا حاجة بنا إلى ذكرها. [حل، ابن عساكر، الرافعي، الضعيفة (6276)]

(Sangat Munkar) Daripada Abū Hurayrah RA telah berkata: Ketika Rasulullah SAW sedang bersama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda SAW telah bersabda: Pada hari esok, ada seorang lelaki dari kalangan ahli syurga yang akan menunaikan solat bersama kamu. Abū Hurayrah RA telah berkata: Maka aku berharap bahawa akulah yang dimaksudkan dengan lelaki tersebut. Lalu aku pun bangun pada waktu pagi dan aku menunaikan solat di belakang Nabi SAW. Kemudian aku kekal di dalam masjid sehinggalah orang ramai beredar dan hanya tinggal aku seorang sahaja bersama dengan Baginda SAW. Ketika aku sedang duduk bersama Baginda SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki berkulit hitam yang memakai perca kain dan berpakaian dengan sepotong kain. Dia datang sehinggalah dia meletakkan tangannya di tangan Rasulullah SAW kemudian dia telah berkata: “Wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah SWT untukku. Lalu Baginda SAW telah mendoakannya agar mendapat syahid dan kami mendapati ada daripadanya bauan Kasturi yang kuat. Lalu aku telah bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah dia lelaki yang dimaksudkan?” Baginda SAW telah menjawab: Ya, sesungguhnya dia adalah hamba bani Polan. Lalu aku telah berkata: Mengapakah kamu tidak membelinya lalu membebaskannya wahai Nabi Allah?” Baginda SAW telah bersabda: Bagaimanakah aku ingin melakukannya, sekiranya Allah SWT sendiri yang mahukan dia menjadi sebahagian daripada raja-raja di syurga wahai Abū Hurayrah? Sesungguhnya bagi penghuni syurga itu ada raja-raja dan juga pemimpin. Dan lelaki hitam ini akan menjadi sebahagian dari raja dan juga pemimpin mereka di dalam syurga. Wahai Abū Hurayrah, sesungguhnya Allah SWT mencintai golongan suci, orang yang takut, orang yang baik dari kalangan makhluk-Nya. Kepala mereka (rambut) kusut masai dan wajah-wajah mereka berdebu. Mereka tidak mengisi perut mereka melainkan daripada sumber yang halal. Mereka itu apabila meminta izin kepada para pemerintah, tidak diberi keizinan kepada mereka. Apabila mereka ingin meminang wanita-wanita yang cantik, mereka tidak akan dikahwinkan dengan wanita-wanita itu. Sekiranya mereka hilang, mereka tidak akan dicari. Sekiranya mereka berada di sekeliling, mereka tidak akan dipanggil. Sekiranya mereka datang, kedatangan mereka itu tidak disambut dengan kegembiraan. Sekiranya mereka sakit, mereka tidak akan dikunjungi. Sekiranya mereka meninggal dunia, kematian mereka tidak akan disaksikan. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah dengan seorang lelaki dari kalangan mereka?” Baginda SAW menjawab: Itulah Uways al-Qaranī . Mereka bertanya lagi: Dan siapakah Uways al-Qaranī? Baginda SAW telah menjawab: Seorang lelaki yang matanya ada warna kebiruan, rambutnya kekuningan kedua bahunya jauh, lurus tegak, berkulit gelap, dagunya merapat ke dadanya, dagunya sentiasa diletakkan ke tempat sujud, dia sentiasa meletakkan sisi kanannya berada di atas sisi kirinya, selalu membaca al-Quran, dia menangisi dirinya, mempunyai dua helai pakaian sahaja, tidak dipedulikan orang, memakai kain dan selendang daripada bulu, tidak dikenali di dunia, namun dikenali di langit, jika dia bersumpah demi Allah, nescaya Dia akan sempurnakan sumpahnya untuknya, di bawah bahu kirinya ada tompokan putih, jika datang hari kiamat, dikatakan kepada hamba-hamba Allah (yang lain) masuklah ke dalam syurga, dikatakan kepada Uwais: Bangunlah dan berikanlah syafaat. Lalu Allah memperkenankan syafaatNya sebanyak (bilangan bani) Rabiah dan Mudhar, wahai Umar dan Ali, jika kamu berdua menemuinya, maka mohonlah darinya agar dia meminta ampun bagi kamu berdua, nescaya Allah akan mengampunkan kamu berdua.” Hadith ini panjang. ditambah lagi selepas itu: Maka mereka terus mencarinya selama 10 tahun tetapi tidak ditemui… sehingga akhir kisah ini. tambahan ini tidak perlu disebutkan. [Diriwayatkan oleh Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah al-Awliya’, al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn dan Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6276]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs