Pada hari di mana manusia berdiri di hadapan Tuhan sekalian alam

TEKS BAHASA ARAB

كيف أنت صانع في {يوم يقوم الناس لرب العالمين} مقدار ثلاث مئة سنة من أيام الدنيا، لا يأتيهم خبر من السماء، ولا يؤمر فيهم بأمر؟ قال بشير الغفاري: المستعان الله. قال: إذا أنت أويت إلى فراشك فتعوذ بالله من كرب يوم القيامة وسوء الحساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah yang kamu lakukan pada hari di mana manusia berdiri di hadapan Tuhan sekalian alam selama 300 tahun lebih panjang berbanding bilangan hari-hari dunia, tidak ada sebarang berita (perkhabaran) daripada langit dan mereka juga tidak diberikan apa-apa perintah? Bashir al-Ghifari berkata: Hanya Allah tempat memohon pertolongan. Baginda bersabda: Apabila kamu pergi ke hamparanmu, maka mintalah perlindungan kepada Allah terhadap kepayahan hari kiamat dan hisab (perhitungan) yang buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1337, hadis nombor 6834. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لبشير الغفاري: كيف أنت صانع في {يوم يقوم الناس لرب العالمين} مقدار ثلاث مئة سنة من أيام الدنيا، لا يأتيهم خبر من السماء، ولا يؤمر فيهم بأمر؟. قال بشير الغفاري: المستعان الله. قال: إذا أنت أويت إلى فراشك فتعوذ بالله من كرب يوم القيامة وسوء الحساب.
[ابن جرير، ابن أبي حاتم، ابن مردويه، ((الضعيفة)) (4149)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Bashir al-Ghifari: Apakah yang kamu lakukan pada hari di mana manusia berdiri di hadapan Tuhan sekalian alam selama 300 tahun lebih panjang berbanding bilangan hari-hari dunia, tidak ada sebarang berita (perkhabaran) daripada langit dan mereka juga tidak diberikan apa-apa perintah? Bashir al-Ghifari berkata: Hanya Allah tempat memohon pertolongan. Baginda bersabda: Apabila kamu pergi ke hamparanmu, maka mintalah perlindungan kepada Allah terhadap kepayahan hari kiamat dan hisab (perhitungan) yang buruk.
[Riwayat Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawaih. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4149]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs