Pada hari berlakunya peperangan Badar, Baginda SAW berada di sebuah tempat teduh

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يوم بدر في الظل وأصحابه يقاتلون في الشمس فأتاه جبريل عليه السلام فقال: أنت في الظل وأصحابك يقاتلون في الشمس؟ فتحول إلى الشمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari berlakunya peperangan Badar, Baginda SAW berada di sebuah tempat teduh dalam keadaan para sahabat Baginda sedang bertempur di bawah terik matahari. Lalu Jibril AS menemui Baginda, dan menegur: Mengapakah kamu berteduh sedangkan sahabat-sahabat kamu bertempur bawah matahari? Maka Baginda menukar posisi yang terdedah dengan matahari.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1068, hadis nombor 5448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي حازم الأنصاري، قال: كان صلى الله عليه وسلم يوم بدر في الظل، وأصحابه يقاتلون في الشمس فأتاه جبريل عليه السلام فقال: أنت في الظل وأصحابك يقاتلون في الشمس؟ فتحول إلى الشمس. [ابن الأثير في أسد الغابة، الضعيفة (5114)]

(Munkar) Daripada Abu Hazim al-Ansari, beliau menceritakan: Pada hari berlakunya peperangan Badar, Baginda SAW berada di sebuah tempat teduh dalam keadaan para sahabat Baginda sedang bertempur di bawah terik matahari. Lalu Jibril AS menemui Baginda, dan menegur: Mengapakah kamu berteduh sedangkan sahabat-sahabat kamu bertempur bawah matahari? Maka Baginda menukar posisi yang terdedah dengan matahari. [Riwayat Ibn al-Athir dalam Asad al-Ghabah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5114)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs