Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يوم بدرٍ في الظِّلِّ، وأصحابُه يقاتِلونَ في الشَّمسِ، فأتاه جبريلُ عليه السَّلامُ فقال: أنتَ في الظِّلِّ، وأصحابُك يقاتلونَ في الشَّمسِ؟! فتحوَّلَ إلى الشَّمسِ.
Teks Bahasa Melayu
Pada hari berlakunya peperangan Badar, Baginda SAW berada di sebuah tempat teduh dalam keadaan para sahabat Baginda sedang bertempur di bawah terik matahari. Lalu Jibril AS menemui Baginda, dan menegur: Mengapakah kamu berteduh sedangkan sahabat-sahabat kamu bertempur bawah matahari? Maka Baginda menukar posisi yang terdedah dengan matahari.
Sahabat Perawi
- Abu Hazim al-Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1068, hadis no. 5448. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي حازم الأنصاري، قال: كان صلى الله عليه وسلم يوم بدر في الظل، وأصحابه يقاتلون في الشمس فأتاه جبريل عليه السلام فقال: أنت في الظل وأصحابك يقاتلون في الشمس؟ فتحول إلى الشمس. [ابن الأثير في أسد الغابة، الضعيفة (5114)]
(Munkar) Daripada Abu Hazim al-Ansari, beliau menceritakan: Pada hari berlakunya peperangan Badar, Baginda SAW berada di sebuah tempat teduh dalam keadaan para sahabat Baginda sedang bertempur di bawah terik matahari. Lalu Jibril AS menemui Baginda, dan menegur: Mengapakah kamu berteduh sedangkan sahabat-sahabat kamu bertempur bawah matahari? Maka Baginda menukar posisi yang terdedah dengan matahari. [Riwayat Ibn al-Athir dalam Asad al-Ghabah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5114)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman