Pada hari ‘Asyura, ada solat sebanyak empat puluh rakaat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يوم عاشوراء أربعين ركعة بعد الظهر في كل ركعة آية الكرسي عشر مرات والإخلاص إحدى عشرة ركعة والمعوذتين خمس مرات.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari ‘Asyura, ada solat sebanyak empat puluh rakaat yang ditunaikan selepas solat Zohor. Pada setiap rakaat dibaca ayat Kursi sepuluh kali, Surah al-Ikhlas sebanyak sebelas kali dan al-Mu’awwizatain (Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sebanyak lima kali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.

Hadith ini adalah hadith yang palsu.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.