Pada hari Arafah di padang Arafah, berkumpullah Jibril, Mika'il, Israfil dan Khadir

TEKS BAHASA ARAB

يجتمع كل يوم عرفة بعرفات جبريل وميكائيل وإسرافيل والخضر، فيقول جبريل: ما شاء الله، لا قوة إلا بالله، فيرد عليه ميكائيل: ما شاء الله، كل نعمة من الله، فيرد عليه إسرافيل: ما شاء الله، الخير كله بيد الله، فيرد عليه الخضر: ما شاء الله، لا يصرف السوء إلا الله، ثم يتفرقون عن هذه الكلمات، فلا يجتمعون إلى قابل في ذلك اليوم، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فما من أحد يقول هؤلاء الأربع مقالات حين يستيقظ من نومه إلا وكل الله به أربعة من الملائكة يحفظونه (الحديث بطوله).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari Arafah di padang Arafah, berkumpullah Jibril, Mika’il, Israfil dan Khadir. Lalu Jibril berkata: Masya-Allah, tiada upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, lalu Mika’il menjawabnya: Masya-Allah, setiap nikmat itu daripada Allah. Lalu Israfil menjawabnya: Masya-Allah, kebaikan semuanya di tangan Allah. Lalu Khadir membalas: Masya-Allah, tiada yang boleh menghindarkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah pada ucapan ini dan tidak lagi mereka berkumpul hingga berjumpa hari Arafah seterusnya. Rasulullah SAW berkata: Maka tidak ada seorang pun yang membaca empat ucapan ini ketika dia bangun dari tidur melainkan Allah akan menghantarkan padanya empat malaikat yang akan menjaganya, (Hadis yang panjang).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1568, hadis nombor 7943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله عليه وسلم: يجتمع كل يوم عرفة بعرفات جبريل وميكائيل وإسرافيل والخضر، فيقول جبريل: ما شاء الله، لا قوة إلا بالله، فيرد عليه ميكائيل: ما شاء الله، كل نعمة من الله، فيرد عليه إسرافيل: ما شاء الله، الخير كله بيد الله، فيرد عليه الخضر: ما شاء الله، لا يصرف السوء إلا الله، ثم يتفرقون عن هذه الكلمات، فلا يجتمعون إلى قابل في ذلك اليوم، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فما من أحد يقول هؤلاء الأربع مقالات حين يستيقظ من نومه إلا وكل الله به أربعة من الملائكة يحفظونه (الحديث بطوله). [ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6250)].

(Palsu)
Daripada Ali RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Arafah di padang Arafah, berkumpullah Jibril, Mika’il, Israfil dan Khadir. Lalu Jibril berkata: Masya-Allah, tiada upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, lalu Mika’il menjawabnya: Masya-Allah, setiap nikmat itu daripada Allah. Lalu Israfil menjawabnya: Masya-Allah, kebaikan semuanya di tangan Allah. Lalu Khadir membalas: Masya-Allah, tiada yang boleh menghindarkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah pada ucapan ini dan tidak lagi mereka berkumpul hingga berjumpa hari Arafah seterusnya. Rasulullah SAW berkata: Maka tidak ada seorang pun yang membaca empat ucapan ini ketika dia bangun dari tidur melainkan Allah akan menghantarkan padanya empat malaikat yang akan menjaganya. (Hadis yang panjang). [Riwayat Ibn Asakir, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.6250].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs