Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يجتِمِعُ كلَّ يومِ عرفَةَ بعرفاتٍ جِبريلُ وميكائيلُ وإسرافيلُ والخَضِرُ، فيقولُ جِبريلُ: ما شاءَ اللهُ، لا قوَّةَ إلَّا باللهِ، فيرُدُّ عليه ميكائيلُ: ما شاء اللهُ، كلُّ نِعمةٍ منَ اللهِ، فيرُدُّ عليهِ إسرافيلُ: ما شاءَ اللهُ، الخيرُ كلُّهُ بيدِ اللهِ، فيرُدُّ عليهِ الخَضِرُ: ما شاءَ اللهُ، لا يَصرفُ السوءَ إلَّا اللهُ، ثمَّ يتفرَّقونَ عَن هذه الكلِماتِ، فلا يجتَمعونَ إلى قابِلَ مِن ذلك اليَومِ، قالَ رسولُ اللهِ صَلَّى اللهُ علَيهِ وسلَّمَ: فَما مِن أحدٍ يقولُ هؤلاءِ الأربعِ مَقالاتٍ حينَ يستَيقِظُ مِن نومِهِ إلَّا وكَّلَ اللهُ به أربَعةً من الملائكَةِ يَحفظونَهُ (الحديثَ بطولِهِ).
Teks Bahasa Melayu
Pada hari Arafah di padang Arafah, berkumpullah Jibril, Mika'il, Israfil dan Khadir. Lalu Jibril berkata: Masya-Allah, tiada upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, lalu Mika'il menjawabnya: Masya-Allah, setiap nikmat itu daripada Allah. Lalu Israfil menjawabnya: Masya-Allah, kebaikan semuanya di tangan Allah. Lalu Khadir membalas: Masya-Allah, tiada yang boleh menghindarkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah pada ucapan ini dan tidak lagi mereka berkumpul hingga berjumpa hari Arafah seterusnya. Rasulullah SAW berkata: Maka tidak ada seorang pun yang membaca empat ucapan ini ketika dia bangun dari tidur melainkan Allah akan menghantarkan padanya empat malaikat yang akan menjaganya. (Hadis yang panjang).
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1568, hadis no. 7943. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي رضي الله عنه، قال: قال رسول الله عليه وسلم: يجتمع كل يوم عرفة بعرفات جبريل وميكائيل وإسرافيل والخضر، فيقول جبريل: ما شاء الله، لا قوة إلا بالله، فيرد عليه ميكائيل: ما شاء الله، كل نعمة من الله، فيرد عليه إسرافيل: ما شاء الله، الخير كله بيد الله، فيرد عليه الخضر: ما شاء الله، لا يصرف السوء إلا الله، ثم يتفرقون عن هذه الكلمات، فلا يجتمعون إلى قابل في ذلك اليوم، قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فما من أحد يقول هؤلاء الأربع مقالات حين يستيقظ من نومه إلا وكل الله به أربعة من الملائكة يحفظونه (الحديث بطوله). [ابن عساكر، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6250)].
(Palsu) Daripada Ali RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Arafah di padang Arafah, berkumpullah Jibril, Mika'il, Israfil dan Khadir. Lalu Jibril berkata: Masya-Allah, tiada upaya melainkan dengan kekuasaan Allah, lalu Mika'il menjawabnya: Masya-Allah, setiap nikmat itu daripada Allah. Lalu Israfil menjawabnya: Masya-Allah, kebaikan semuanya di tangan Allah. Lalu Khadir membalas: Masya-Allah, tiada yang boleh menghindarkan keburukan melainkan Allah. Kemudian mereka berpisah pada ucapan ini dan tidak lagi mereka berkumpul hingga berjumpa hari Arafah seterusnya. Rasulullah SAW berkata: Maka tidak ada seorang pun yang membaca empat ucapan ini ketika dia bangun dari tidur melainkan Allah akan menghantarkan padanya empat malaikat yang akan menjaganya. (Hadis yang panjang). [Riwayat Ibn Asakir, Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6250].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman