Pada hari Arafah, Allah mengampunkan orang yang menunaikan haji

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم عرفة؛ غفر الله للحاج، فإذا كانت ليلة المزدلفة؛ غفر الله عَز وجل للتجار، فإذا كان يوم منى؛ غفر الله للجمالين، فإذا كان يوم جمرة العقبة؛ غفر الله عز وجل للسؤال، فلا يشهد ذلك الموضع أحد إلا غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari Arafah, Allah mengampunkan orang yang menunaikan haji. Apabila tiba malam Muzdalifah, Allah akan mengampunkan para peniaga. Apabila tiba hari Mina Allah akan mengampunkan dosa orang yang menaiki unta. Apabila tiba hari melontar Jamrah al-Aqabah, Allah akan mengampunkan dosa orang yang meminta. Tiada yang datang di tempat tersebut melainkan Allah akan mengampunkan dosanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1920 hadis nombor 9643. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا كان يوم عرفة؛ غفر الله للحاج، فإذا كانت ليلة المزدلفة؛ غفر الله عَز وجل للتجار، فإذا كان يوم منى؛ غفر الله للجمالين، فإذا كان يوم جمرة العقبة؛ غفر الله عز وجل للسؤال، فلا يشهد ذلك الموضع أحد إلا غفر له.
[ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ابن عبدالبر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6287]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Arafah, Allah mengampunkan orang yang menunaikan haji. Apabila tiba malam Muzdalifah, Allah akan mengampunkan para peniaga. Apabila tiba hari Mina Allah akan mengampunkan dosa orang yang menaiki unta. Apabila tiba hari melontar Jamrah al-Aqabah, Allah akan mengampunkan dosa orang yang meminta. Tiada yang datang di tempat tersebut melainkan Allah akan mengampunkan dosanya.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’, Ibn al-Jawzi, Ibn ‘Abd al-Barr, Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6287]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.