Pada firman Allah 'Azza wa Jalla: "Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran

TEKS BAHASA ARAB

في قول – عز وجل – {وَٱلَّذِي جَآءَ بِٱلصِّدۡقِ وَصَدَّقَ بِهِۦٓ أُوْلَٰئِكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ}. قال: {وَصَدَّقَ بِهِۦٓ}: علي بن أبي طالب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada firman Allah ‘Azza wa Jalla: "Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertakwa." Dan firman Allah: "…serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya.": iaitu Ali bin Abu Talib.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1870, hadis nombor 9427. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن مجاهد عن أبيه، قال: ((في قول – عز وجل – {وَٱلَّذِي جَآءَ بِٱلصِّدۡقِ وَصَدَّقَ بِهِۦٓ أُوْلَٰئِكَ هُمُ ٱلۡمُتَّقُونَ}. قال: {وَصَدَّقَ بِهِۦٓ}: علي بن أبي طالب)). [إبن عساكر، ((لضعيفة)) (4928)]

(Munkar) Daripada Mujahid daripada ayahnya, katanya: Pada firman Allah ‘Azza wa Jalla: "Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertakwa." Dan firman Allah: "…serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya.": iaitu Ali bin Abu Talib. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no 4928]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs