Pada diri seorang mukmin itu ada 3 tabiat: Percaya kepada sial, prasangka, dan hasad dengki

TEKS BAHASA ARAB

في المؤمن ثلاث خصال: الطيرة والظن والحسد، فمخرجه من الطيرة ألا يرجع، ومخرجه من الظن ألا يحقق، ومخرجه من الحسد ألا يبغي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada diri seorang mukmin itu ada 3 tabiat: Percaya kepada sial, prasangka, dan hasad dengki. Jalan keluar dari percaya sial adalah dengan tidak membatalkan tindakan (disebabkan percaya kepada keburukan di masa depan), jalan keluar daripada prasangka adalah tidak percaya ia benar dan jalan keluar daripada hasad dengki adalah dengan tidak melampaui batas.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2021, hadis nombor 10162. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: في المؤمن ثلاث خصال : الطيرة والظن والحسد، فمخرجه من الطيرة ألا يرجع ، ومخرجه من الظن ألا يحقق، ومخرجه من الحسد ألا يبغي.
[ابن المظفر في ((غرائب شعبة))، أبو الشيخ في ((الأقران)) و ((التوبيخ))، هب، فر، ((الضعيفة)) (4019)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada diri seorang mukmin itu ada 3 tabiat: Percaya kepada sial, prasangka, dan hasad dengki. Jalan keluar dari percaya sial adalah dengan tidak membatalkan tindakan (disebabkan percaya kepada keburukan di masa depan), jalan keluar daripada prasangka adalah tidak percaya ia benar dan jalan keluar daripada hasad dengki adalah dengan tidak melampaui batas.
[Riwayat Ibn Muzfir dalam Ghara’ib Syu’bah, Abu al-Syaikh dalam al-Aqran dan al-Tawbikh, al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4019]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs