Pada bulan Rejab terdapat satu malam ditulis untuk orang yang beramal padanya

TEKS BAHASA ARAB

في رجب ليلة يكتب للعامل فيها حسنات مائة سنة وذلك لثلاث بقين من رجب فمن صلى فيه اثنتي عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وسورة ويتشهد في كل ركعتين ويسلم في آخرهن، ثم يقول سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر مائة مرة ويستغفر مائة مرة ويصلي على النبي مائة مرة ويدعو لنفسه ما شاء ويصبح صائما فإن الله يستجيب دعاءه كله إلا أن يدعو في معصية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada bulan Rejab, terdapat satu malam ditulis untuk orang yang beramal padanya kebaikan-kebaikan selama seratus tahun dan tiga malam yang baki daripada bulan Rejab. Sesiapa yang solat padanya sebanyak 12 rakaat yang dibaca pada setiap rakaat itu surah al-Fatihah dan satu surah, lalu dia bertashahhud pada setiap dua rakaat dan memberi salam di akhirnya pada setiap dua rakaat. Kemudian dia berkata: Subhanllah walhamdulillah wala ilaaha illallah wallahu akbar sebanyak seratus kali, berselawat ke atasku seratus kali dan berdoa untuk dirinya apa sahaja dan berpagi dalam keadaan berpuasa, maka seungguhnya Allah SWT akan memustajabkan kesemua doanya melainkan dia berdoa dengan maksiat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 61-62. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث فِي رَجَبٍ لَيْلَةٌ يُكْتَبُ لِلْعَامِلِ فِيهَا حَسَنَاتُ مِائَةِ سَنَةٍ وَذَلِكَ لِثَلاثٍ بَقَيْنَ مِنْ رَجَبٍ فَمَنْ صَلَّى فِيهِ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً وَيَتَشَهَّدُ فِي كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُسَلِّمُ فِي آخِرِهِنَّ، ثُمَّ يَقُولُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ مِائَةَ مَرَّةٍ وَيَسْتَغْفِرُ مِائَةَ مرّة وَيُصلي على النَّبِي مِائَةَ مَرَّةٍ وَيَدْعُو لِنَفْسِهِ مَا شَاءَ وَيُصْبِحُ صَائِمًا فَإِنَّ اللَّهَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءَهُ كُلَّهُ إِلا أَنْ يَدْعُوَ فِي مَعْصِيَةٍ.
أَخْرَجَهُ الْبَيْهَقِيُّ من طَرِيق عِيسَى غُنْجَارَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْفَضْلِ بْنِ عَطِيَّةَ وَهُوَ مِنَ الْمُتَّهَمِينَ بِالْكَذِبِ عَنْ أَبَانٍ وَهُوَ أَيْضًا مُتَّهَمٌ عَنْ أَنَسٍ مَرْفُوعًا، وَأَدْخَلَهُ ابْنُ حَجَرٍ فِي تَبْيِنِ الْعجب فِي الموضوعات.

Hadis:
فِي رَجَبٍ لَيْلَةٌ يُكْتَبُ لِلْعَامِلِ فِيهَا حَسَنَاتُ مِائَةِ سَنَةٍ وَذَلِكَ لِثَلاثٍ بَقَيْنَ مِنْ رَجَبٍ فَمَنْ صَلَّى فِيهِ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً وَيَتَشَهَّدُ فِي كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُسَلِّمُ فِي آخِرِهِنَّ، ثُمَّ يَقُولُ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ مِائَةَ مَرَّةٍ وَيَسْتَغْفِرُ مِائَةَ مرّة وَيُصلي على النَّبِي مِائَةَ مَرَّةٍ وَيَدْعُو لِنَفْسِهِ مَا شَاءَ وَيُصْبِحُ صَائِمًا فَإِنَّ اللَّهَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءَهُ كُلَّهُ إِلا أَنْ يَدْعُوَ فِي مَعْصِيَةٍ.
“Pada bulan Rejab, terdapat satu malam ditulis untuk orang yang beramal padanya kebaikan-kebaikan selama seratus tahun dan tiga malam yang baki daripada bulan Rejab. Sesiapa yang solat padanya sebanyak 12 rakaat yang dibaca pada setiap rakaat itu surah al-Fatihah dan satu surah, lalu dia bertashahhud pada setiap dua rakaat dan memberi salam di akhirnya pada setiap dua rakaat. Kemudian dia berkata: Subhanllah walhamdulillah wala ilaaha illallah wallahu akbar sebanyak seratus kali, berselawat ke atasku seratus kali dan berdoa untuk dirinya apa sahaja dan berpagi dalam keadaan berpuasa, maka seungguhnya Allah SWT akan memustajabkan kesemua doanya melainkan dia berdoa dengan maksiat.”
Hadis ini dikeluarkan oleh al-Baihaqi daripada jalan Isa Ghanjar daripada Muhammad bin al-Fadhal bin Atiyyah dan dia termasuk daripada kalangan yang dituduh berdusta. Daripada Aban dan dia juga dituduh sebagai seorang yang berdusta daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) dan Ibn Hajar telah memasukkannya (hadis tersebut) di dalam Tabyin al-‘Ajab sebagai hadis yang palsu.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs