Pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan: Ia merupakan sejenis makanan dan juga minuman, ia membersihkan pundi kencing, mengurangkan kesejukan, dan ia merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang berbau harum, dan menjalar di atas tanah, ia boleh membersihkan perut, memperbanyak air tulang belakang, memperbanyak jimak dan melicinkan kulit.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis nombor 5968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة)). [فر، ((الضعيفة)) (4012)]

(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan: Ia merupakan sejenis makanan dan juga minuman, ia membersihkan pundi kencing, mengurangkan kesejukan, dan ia merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang berbau harum, dan menjalar di atas tanah, ia boleh membersihkan perut, memperbanyak air tulang belakang, memperbanyak jimak dan melicinkan kulit. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4012]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.