Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَي البطِّيخِ عشْرُ خِصالٍ: هُوَ طعامٌ، وشرابٌ، ويغْسِلُ المثانَةَ، وَيقْطَعُ الإبرِدةَ، وَهُوَ رَيْحَانٌ، وَأُشْنَانٌ، وَيَغْسِلُ البَطْنَ، ويُكْثِرُ مَاءَ الصُّلبِ، ويُكْثِرُ الجِمَاعَ، وَيُنْقِي البَشرةَ.
Teks Bahasa Melayu
Pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan: Ia merupakan sejenis makanan dan juga minuman, ia membersihkan pundi kencing, mengurangkan kesejukan, dan ia merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang berbau harum, dan menjalar di atas tanah, ia boleh membersihkan perut, memperbanyak air tulang belakang, memperbanyak jimak dan melicinkan kulit.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis no. 5968. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((في البطيخ عشر خصال: هو طعام، وشراب، ويغسل المثانة، ويقطع الإبردة، وهو ريحان، وأشنان، ويغسل البطن، ويكثر ماء الصلب، ويكثر الجماع، وينقي البشرة)). [فر، ((الضعيفة)) (4012)]
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Pada buah tembikai itu ada 10 kebaikan: Ia merupakan sejenis makanan dan juga minuman, ia membersihkan pundi kencing, mengurangkan kesejukan, dan ia merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan yang berbau harum, dan menjalar di atas tanah, ia boleh membersihkan perut, memperbanyak air tulang belakang, memperbanyak jimak dan melicinkan kulit. [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4012]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman