Pada awalnya, Baginda kerap solat 13 rakaat pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

كان يصلى ثلاث عشرة ركعة من الليل ثم إنه صلى إحدى عشرة ركعة ترك ركعتين ثم قبض حين قبض وهو يصلى من الليل تسع ركعات آخر صلاته من الليل الوتر ثم ربما جاء إلى فراشي هذا فيأتيه بلال فيؤذنه بالصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada awalnya, Baginda kerap solat 13 rakaat pada waktu malam. Kemudian Baginda melaksanakan solat 11 rakaat, Baginda mengurangkan dua rakaat. Baginda wafat ketika berterusan menunaikan solat malam sebanyak sembilan rakaat. Solat Baginda yang terakhir adalah solat witir. Kemudian Baginda kadangkala datang ke tempat tidur saya ini. Sehingga Bilal datang dan melaungkan azan untuk solat.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091, hadis nombor 5543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بهذا السياق) عن مسروق أنه دخل على عائشة رضي الله عنها فسألها عن صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقالت: كَانَ يُصَلِّى ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ اللَّيْلِ ثُمَّ إِنَّهُ صَلَّى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً تَرَكَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ قُبِضَ حِينَ قُبِضَ وَهُوَ يُصَلِّى مِنَ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ آخِرُ صَلاَتِهِ مِنَ اللَّيْلِ الْوِتْرُ ثم ربما جاءَ إلى فراشي هذا فيأتيه بلالٌ فَيُؤْذِنُه بالصلاة. [ابن خزيمة، حب، الضعيفة (6366)].

(Syaz dengan konteks ini) Daripada Masruq beliau bertemu ‘Aishah RA, lalu bertanya kepada beliau perihal solat Rasulullah SAW. ‘Aishah berkata: Pada awalnya, Baginda kerap solat 13 rakaat pada waktu malam. Kemudian Baginda melaksanakan solat 11 rakaat, Baginda mengurangkan dua rakaat. Baginda wafat ketika berterusan menunaikan solat malam sebanyak sembilan rakaat. Solat Baginda yang terakhir adalah solat witir. Kemudian Baginda kadangkala datang ke tempat tidur saya ini. Sehingga Bilal datang dan melaungkan azan untuk solat. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6366]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs