Syaz
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ يُصَلِّى ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ اللَّيْلِ، ثُمَّ إِنَّهُ صَلَّى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، تَرَكَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ قُبِضَ حِينَ قُبِضَ وَهُوَ يُصَلِّى مِنَ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ آخِرُ صَلَاتِهِ مِنَ اللَّيْلِ الْوِتْرُ ثُمَّ رُبَّمَا جَاءَ إِلَى فِرَاشي هَذَا فَيَأْتِيهِ بلالٌ فَيُؤْذِنُهُ بِالصَّلَاةِ.
Teks Bahasa Melayu
Pada awalnya, Baginda kerap solat 13 rakaat pada waktu malam. Kemudian Baginda melaksanakan solat 11 rakaat, Baginda mengurangkan dua rakaat.Baginda wafat ketika berterusan menunaikan solat malam sebanyak sembilan rakaat. Solat Baginda yang terakhir adalah solat witir. Kemudian Baginda kadangkala datang ke tempat tidur saya ini. Sehingga Bilal datang dan melaungkan azan untuk solat.
Sahabat Perawi
- Aisyah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Syaz
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1091, hadis no. 5543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(شاذ بهذا السياق) عن مسروق أنه دخل على عائشة رضي الله عنها فسألها عن صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ فقالت: كَانَ يُصَلِّى ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنَ اللَّيْلِ ثُمَّ إِنَّهُ صَلَّى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً تَرَكَ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ قُبِضَ حِينَ قُبِضَ وَهُوَ يُصَلِّى مِنَ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ آخِرُ صَلاَتِهِ مِنَ اللَّيْلِ الْوِتْرُ ثم ربما جاءَ إلى فراشي هذا فيأتيه بلالٌ فَيُؤْذِنُه بالصلاة. [ابن خزيمة، حب، الضعيفة (6366)].
(Syaz dengan konteks ini) Daripada Masruq beliau bertemu ‘Aishah RA, lalu bertanya kepada beliau perihal solat Rasulullah SAW. ‘Aishah berkata: Pada awalnya, Baginda kerap solat 13 rakaat pada waktu malam. Kemudian Baginda melaksanakan solat 11 rakaat, Baginda mengurangkan dua rakaat. Baginda wafat ketika berterusan menunaikan solat malam sebanyak sembilan rakaat. Solat Baginda yang terakhir adalah solat witir. Kemudian Baginda kadangkala datang ke tempat tidur saya ini. Sehingga Bilal datang dan melaungkan azan untuk solat. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6366]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman