Pada akhir zaman, umatku akan ditimpa bala yang sangat teruk daripada pemerintah mereka

TEKS BAHASA ARAB

إنه سيصيب أمتي في آخر الزمان بلاء شديد من سلطانهم، لا ينجو فيه إلا رجل عرف دين الله بلسانه وقلبه ويده؛ فذلك الذي سبقت له السوابق. ورجل عرف دين الله فصدق به؛ فالأول عليه سابق. ورجل عرف الله فسكت، فإن رأى من يعمل بخير؛ أحبه عليه، وإن رأى من يعمل باطلا؛ أبغضه عليه؛ فذلك الذي ينجو على إبطانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya pada akhir zaman, umatku akan ditimpa bala yang sangat teruk daripada pemerintah mereka, tidak ada sesiapa pun yang akan terselamat pada zaman itu kecuali seseorang yang mengetahui agama Allah dengan lisan, hati dan tangannya; Itulah ciri-ciri yang menyebabkan orang-orang terdahulu mendahuluinya. Seseorang yang mengenali agama Allah lalu dia mempercayainya; Yang pertama melakukannya adalah pendahulu. Seseorang yang mengenali Allah tetapi dia berdiam diri (tidak melakukan yang makruf atau mencegah yang mungkar), jika dia melihat sesiapa yang melakukan kebaikan maka dia menyukainya (dengan hatinya) dan sekiranya dia melihat sesiapa yang melakukan kebatilan maka dia membencinya. Demikian itulah orang yang berjaya kerana apa yang dia sembunyikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1391, hadis nombor 7061. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم : إنه سيصيب أمتي في آخر الزمان بلاء شديد من سلطانهم، لا ينجو فيه إلا رجل عرف دين الله بلسانه وقلبه ويده؛ فذلك الذي سبقت له السوابق. ورجل عرف دين الله فصدق به؛ فالأول عليه سابق. ورجل عرف الله فسكت، فإن رأى من يعمل بخير؛ أحبه عليه، وإن رأى من يعمل باطلا؛ أبغضه عليه؛ فذلك الذي ينجو على إبطانه.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، هب، ((الضعيفة)) (6725)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA, katanya: Baginda SAW pernah bersabda: Sesungguhnya pada akhir zaman, umatku akan ditimpa bala yang sangat teruk daripada pemerintah mereka, tidak ada sesiapa pun yang akan terselamat pada zaman itu kecuali seseorang yang mengetahui agama Allah dengan lisan, hati dan tangannya; Itulah ciri-ciri yang menyebabkan orang-orang terdahulu mendahuluinya. Seseorang yang mengenali agama Allah lalu dia mempercayainya; Yang pertama melakukannya adalah pendahulu. Seseorang yang mengenali Allah tetapi dia berdiam diri (tidak melakukan yang makruf atau mencegah yang mungkar), jika dia melihat sesiapa yang melakukan kebaikan maka dia menyukainya (dengan hatinya) dan sekiranya dia melihat sesiapa yang melakukan kebatilan maka dia membencinya. Demikian itulah orang yang berjaya kerana apa yang dia sembunyikan.
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6725]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs