Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في آخرِ الزمانِ تأتي المرأةُ حُجْلَتَها فتجدُ زوجَها قد مُسِخَ قردًا لأنَّه لم يُؤمنْ بالقَدَرِ.
Teks Bahasa Melayu
Pada akhir zaman, wanita akan mendatangi bilik tidurnya, lalu dia mendapati suaminya telah bertukar menjadi kera kerana dia (suami) tidak beriman dengan qadar.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1389, hadis no. 7052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، قال: قال رسول صلى الله عليه وسلم: في آخر الزمان تأتي المرأة حَجلتها فتجد زوجها قد مسخ قرداً، لأنه لم يؤمن بالقدر. [طس، ((الضعيفة)) (6564)]
(Munkar) Daripada Abi Sa'id al-Khudri RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Pada akhir zaman, wanita akan mendatangi bilik tidurnya, lalu dia mendapati suaminya telah bertukar menjadi kera kerana dia (suami) tidak beriman dengan qadar. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6564]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman