TEKS BAHASA ARAB
في آخر الزمان تأتي المرأة حجلتها، فتجد زوجها قد مسخ قردا، لأنه لم يؤمن بالقدر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada akhir zaman seorang wanita masuk ke dalam bilik pengantinnya, lalu dia mendapati suaminya telah diubah menjadi kera, kerana dia tidak beriman dengan ketetapan qadar.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 576, hadis nombor 2969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «في آخر الزمان تأتي المرأة حجلتها، فتجد زوجها قد مسخ قردا، لأنه لم يؤمن بالقدر». [طس، «الضعيفة» (6564)].
(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Pada akhir zaman seorang wanita masuk ke dalam bilik pengantinnya, lalu dia mendapati suaminya telah diubah menjadi kera, kerana dia tidak beriman dengan ketetapan qadar". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6564].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.