Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Pada akhir zaman seorang wanita masuk ke dalam bilik pengantinnya, lalu dia mendapati suaminya telah diubah menjadi kera, kerana dia tidak beriman dengan ketetapan qadar

Teks Bahasa Arab

في آخرِ الزمانِ تأتي المرأةُ حُجْلَتَها، فتجدُ زوجَها قد مُسِخَ قردًا، لأنَّه لم يُؤمنْ بالقَدَرِ.

Teks Bahasa Melayu

Pada akhir zaman seorang wanita masuk ke dalam bilik pengantinnya, lalu dia mendapati suaminya telah diubah menjadi kera, kerana dia tidak beriman dengan ketetapan qadar.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 576, hadis no. 2969.

(منكر) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «في آخر الزمان تأتي المرأة حجلتها، فتجد زوجها قد مسخ ‌قردا، لأنه لم يؤمن بالقدر». [طس، «الضعيفة» (6564)].

(Munkar) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Pada akhir zaman seorang wanita masuk ke dalam bilik pengantinnya, lalu dia mendapati suaminya telah diubah menjadi kera, kerana dia tidak beriman dengan ketetapan qadar". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6564].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.