TEKS BAHASA ARAB
في آخر الزمان تأتي المرأة حجلتها فتجد زوجها قد مسخ قردا لأنه لم يؤمن بالقدر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Pada akhir zaman seorang perempuan itu akan mendatangi tempat duduk pengantinnya, lalu dia akan mendapati suaminya ditukar menjadi monyet kerana tidak beriman dengan qadar.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 439, hadis nombor 2353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «في آخر الزمان تأتي المرأة حجلتها فتجد زوجها قد مسخ قردا لأنه لم يؤمن بالقدر». [طس، «الضعيفة» (6564)].
(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Pada akhir zaman seorang perempuan itu akan mendatangi tempat duduk pengantinnya, lalu dia akan mendapati suaminya ditukar menjadi monyet kerana tidak beriman dengan qadar.” [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6564].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.