Pada akhir zaman, pilihlah pemimpin yang lemah berbanding yang zalim

TEKS BAHASA ARAB

سيأتي على الناس زمان يخير فيه الرجل بين العجز والفجور، فمن أدرك منكم ذلك الزمان؛ فليختر العجز على الفجور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan datang kepada manusia suatu zaman yang seseorang perlu memilih (pemimpin) antara yang lemah dan yang zalim. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan kamu yang sempat hidup pada zaman itu, maka pilihlah (pemimpin) yang lemah berbanding yang zalim.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331, hadis nombor 6798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: سيأتي على الناس زمان يخير فيه الرجل بين العجز والفجور، فمن أدرك منكم ذلك الزمان؛ فليختر العجز على الفجور.
[ك، حم، ع، ((الضعيفة)) (3711)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang kepada manusia suatu zaman yang seseorang perlu memilih (pemimpin) antara yang lemah dan yang zalim. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan kamu yang sempat hidup pada zaman itu, maka pilihlah (pemimpin) yang lemah berbanding yang zalim.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak al-Ḥākim, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3711]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.