Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَيَأتِي علَى الناسِ زمانٌ يُخَيَّرُ فيه الرَّجُلُ بينَ العَجْزِ والفُجورِ، فَمَنْ أَدرَك منكم ذلك الزمانَ؛ فَلْيَخْتَرِ العَجْزَ على الفُجورِ.
Teks Bahasa Melayu
Akan datang kepada manusia suatu zaman yang seseorang perlu memilih (pemimpin) antara yang lemah dan yang zalim. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan kamu yang sempat hidup pada zaman itu, maka pilihlah (pemimpin) yang lemah berbanding yang zalim.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331, hadis no. 6798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: سيأتي على الناس زمان يخير فيه الرجل بين العجز والفجور، فمن أدرك منكم ذلك الزمان؛ فليختر العجز على الفجور. [ك، حم، ع، ((الضعيفة)) (3711)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Akan datang kepada manusia suatu zaman yang seseorang perlu memilih (pemimpin) antara yang lemah dan yang zalim. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan kamu yang sempat hidup pada zaman itu, maka pilihlah (pemimpin) yang lemah berbanding yang zalim. [Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak al-Ḥākim, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Abī Ya‘lā dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3711]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman