Pada akhir zaman, manusia beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

‌‌ستكون فتن؛ يصبح الرجل فيها مؤمنا، ويمسي كافرا؛ إلا من أحياه الله بالعلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan berlaku banyak fitnah (bencana); Pada zaman itu, seseorang itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang kecuali orang yang Allah mengisi kehidupannya dengan ilmu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1331, hadis nombor 6797. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(ضعيف جدا)
عن أبي أمامة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ستكون فتن؛ يصبح الرجل فيها مؤمناً، ويمسي كافراً؛ إلا من أحياه الله بالعلم.
[هـ، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3696)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Akan berlaku banyak fitnah (bencana); Pada zaman itu, seseorang itu beriman pada waktu pagi dan menjadi kafir pada waktu petang kecuali orang yang Allah mengisi kehidupannya dengan ilmu.
[Riwayat Ibn Mājah dalam al-Sunan, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3696]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.